Monday, June 9, 2008

KARANGAN RESPON TERBUKA - SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

KARANGAN RESPONS TERBUKA (SOALAN SURAT KIRIMAN)

Tulis sebuah karangan tentang salah satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Soalan 1.
Anda baru selesai menamatkan minggu suai kenal di asrama. Tulis sepucuk surat kepada
ayah anda untuk menceritakan pengalaman anda berada di asrama.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• ucap selamat, bertanya khabar, dan nama panggilan

Isi-isi
(a) tujuan menulis surat - menyatakan pengalaman pada hari pertama minggu suai kenal di asrama
(b) suasana semasa minggu suai kenal
(c) pengalaman pahit dan manis – contoh yang sesuai (didenda)
(d) pengajaran daripada program tersebut

Penutup
• harap akan berjumpa lagi


Soalan 2
Baru-baru ini anda telah terbaca berita di sebuah akhbar tempatan tentang kejayaan seorang rakan anda yang memenangi pertandingan menulis cerpen di peringkat negeri.
Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan tahniah kepada kawan anda itu.

Skema Jawapan
Pendahuluan
 nama, alamat dan tarikh

Isi-isi
(a) telah membaca berita tentang kejayaan di akhbar Harian Anda baru-baru ini yang telah memenangi pertandingan menulis cerpen peringkat negeri Johor - berasa terkejut dan kagum akan bakat yang ada pada diri saudari.
(b) tujuan menulis surat – untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah saudari raih – sesungguhnya kejayaan tersebut membanggakan diri saudari dan keluarga serta rakan-rakan yang lain.
(c) harapan saya- mungkin suatu hari nanti saudari akan menjadi penulis terkenal tanah air.
Penutup
• Mendoakan kesejahteraan saudari dan keluarga - berharap agar saudari akan terus menghasilkan karya, tetapi janganlah sampai melupakan pelajaran.
• Tandatangan
Soalan 3
Kakak anda yang bertugas di ibu kota sudah lama tidak pulang ke kampung. Sebagai seorang adik yang prihatin, tulis sepucuk surat kepadanya menceritakan keadaan di rumah anda dan memintanya pulang.

Skema Jawapan.
Pendahuluan
• bertanya khabar
• memohon maaf sekiranya kehadiran surat mengganggu tugasan seharian

Isi-isi
(a) bertanya sebab-sebab tidak pulang ke kampung halaman
(b) keadaan keluarga sihat – rindu akan kakanda
(c) suasana di rumah sunyi – kakanda seorang yang ceria dan suka berbual-bual – berasa kehilangan
(d) adik yang bongsu selalu bertanyakan tentang kakanda – sering menyebut nama kakanda
(e) berharap agar kakanda pulang ke kampung jika ada kelapangan

Penutup
• keluarga kirim salam
• jaga diri baik-baik
• jangan lupa mengutus surat


Soalan 4
Anda yang melanjutkan pelajaran ke luar negara amat rindu akan keluarga di tanah air. Tulis sepucuk surat kepada keluarga untuk menyatakan perasaan serta pengalaman anda.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• bertanya khabar berita – menyatakan keadaan diri anda

Isi-isi
(a) rindu akan keluarga yang lama ditinggalkan
(b) cuaca sejuk – pemandangan cantik dan indah – banyak tempat pelancongan
(c) tidak banyak masakan Melayu – merindui masakan ibu – masak sendiri
(d) tinggal bersama dengan rakan-rakan dari Malaysia – semua baik hati
(e) walaupun seronok – namun negara sendiri lebih seronok –hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Penutup
• jumpa lagi dalam lembaran lain
• terima kasih – tanpa keluarga kejayaan tidak dapat dikecapi


Soalan 5
Soalan kenalan dari luar negara menulis sepucuk surat meminta anda menceritakan suasana kampung di tempat tinggal anda.
Tulis sepucuk surat kepadanya membalas surat yang telah dikirim itu.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• bertanya khabar – ucapan terima kasih – menerima kiriman surat dua minggu lalu

Isi-isi
(a) sejarah kampung anda – asal-usul, bilangan penduduk, pekerjaan, bangsa
(b) suasana kampung – ciri-ciri perkampungan – aman tenteram – dusun buah-buahan.
(c) bentuk rumah – menegkalkan ciri-ciri rumah tradisional.

Penutup
• semoga berpuas hati dengan penerangan
• dapat maklumat tentang kampung
• harapan – berkunjung ke kampung suatu hari nanti



Soalan 6
Sahabat pena anda ingin tahu tentang pengalaman anda bercuti di Tanah Tinggi Genting.
Balas surat rakan anda itu.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• alamat pengirim – tarikh – kata penghadapan

Isi-isi
(a) berlaku peristiwa di pertengahan jalan – kereta rosak
(b) cuaca berkabus – hawa sejuk – hujan gerimis
(c) kereta dibaiki oleh mekanik – meneruskan perjalanan
(d) banyak terdapat permainan – sungguh menyeronokkan

Penutup
• berharap agar sahabat berpuas hati
• ucapan terima kasih







Soalan 7
Sahabat anda ingin tahu tentang pengalaman anda sepanjang berada di kampung.
Balas surat rakan anda tersebut.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• menyatakan nama dan alamat – tarikh – kata-kata penghadapan

Isi-isi
(a) menanyakan khabar – memaklumkan keadaan diri anda
(b) cuti sekolah pulang ke kampung – melawat datuk dan nenek – suasana di kampung sungguh nyaman
(c) di kampung sekarang musim buah-buahan – ke kebun bersama datuk – mengutip durian – berasa seronok
(d) mengikut datuk menjual buah-buahan – orang ramai membeli – hasil lumayan – datuk memberikan upah

Penutup
• berkirim salam kepada keluarganya
• mengucapkan terima kasih


Soalan 8
Andaikan bahawa abang anda telah berjaya menamatkan pelajaran di universiti dengan memperoleh keputusan cemerlang. Anda berasa gembira dan ingin mengucapkan tahniah kepadanya.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• menyatakan nama dan alamat anda
• kata-kata penghadapan

Isi-isi
(a) menanyakan khabarnya – menyatakan keadaan diri anda sekeluarga
(b) mengucapkan tahniah atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang
(c) ayah bercadang mengadakan kenduri – abang pulang ke kampung – sebagai tanda kesyukuran
(d) memintanya memaklumkan tarikh penyampaian ijazah – ibu dan ayah akan menghadirinya
(e) memaklumkan diri anda – sibuk mengulang kaji pelajaran – menghadiri kelas tambahan


Penutup
• berharap agar abang membalas surat dengan segera – memohon maaf
Soalan 9
Anda baru sebulan memulakan persekolahan di sebuah sekolah asrama penuh.
Tulis sepucuk surat kepada ibu bapa anda menyatakan keadaan anda di asrama itu.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• bertanya khabar keluarga dan mendoakan kesejahteraan mereka – memberitahu keadaan diri anda.

Isi-isi
(a) berasa seronok – banyak memperoleh kawan baru
(b) bangunan sekolah yang besar dan cantik – dilengkapi segala kemudahan
(c) guru-guru rajin, berpengalaman dan penyayang – suasana belajar agak berbeza
(d) menceritakan kegiatan harian – bangun pada pukul enam pagi – selepas sarapan ke sekolah – selepas makan tengah hari mengulang kaji pelajaran – kegiatan ko-kurikulum pada waktu petang – pada waktu malam diwajibkan mengulang kaji pelajaran

Penutup
• terkenang akan keluarga – mohon maaf


Soalan 10
Kakak anda yang sedang menuntut di luar negara berasa bimbang dengan kejadian jerebu yang melanda Malaysia.
Tulis sepucuk surat untuk memberi penjelasan tentang keadaan jerebu kepadanya.

Skema Jawapan
Pendahuluan
• Mengharapkan kakanda telah menerima suratnya, ayahanda dan bonda gembira menerima warkah kakanda dan mereka terlalu rindu.
• Tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dala peperiksaan baru-baru ini dan dapat mengekalkan kejayaan sedemikian.
• Memaklumkan bahawa adinda sekeluarga sihat

Isi-isi
(a) Kebimbangan kakanda terhadap masalah jerebu Malaysia baru-baru ini - tidak perlu bimbang kerana Malaysia telah pun bebas daripada kejadian tersebut
(b) Menceritakan kepada kakanda tentang kejadian jerebu berpunca daripada musim kemarau yang berpanjangan dan kebakaran hutan di Indonesia – terbakar merebak ke Malaysia – paling teruk Selangor dan Pulau Pinang
(c) Kakanda tidak perlu risau akan keadaan kesihatan keluarga di Malaysia. Bacaan indeks pencemaran pada paras sederhana – tidak keluar rumah kecuali ada urusan penting – mengelakkan terhidu asap – memakai topeng pernafasan
(d) Pihak kementerian kesihatan sering mengingatkan agar memakai topeng, minum air yang banyak dan berjumpa doktor jika batuk dan sukar bernafas
(e) Pihak kementerian telah mengarahkan semua aktiviti di luar bilik darjah dihentikan
(f) Kejadian jerebu yang berlaku hampir dua minggu ini beransur pulih apabila hujan dan tindakan kerajaan melakukan pembenihan awan

Penutup
• Ucapan salam kasih sayang

No comments: