Monday, June 9, 2008

KARANGAN JENIS PENDAPAT ATAU KARANGAN FAKTA

LATIHAN MENGARANG
KARANGAN JENIS PENDAPAT ATAU KARANGAN FAKTA

Latihan 1

Soalan : Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, tetapi kadar kemalangan di jalan
raya terus meningkat. Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab berlakunya
kemalangan jalan raya.

Langkah 1

Mencatat tajuk /kehendak soalan :

________________________________________________________________________


Langkah 2


Menyenaraikan isi-isi penting ;

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________


Langkah 3

Menulis Rangka Karangan

Pendahuluan :

• Berita kemalangan jalan raya banyak dipaparkan menerusi media massa terutama pada musim perayaan.
• Mungkinkah kemalangan jalan raya berpunca daripada masyarakat tidak sayangkan nyawa?

Isi :

1. Berpunca daripada sikap pengguna yang tidak berhemah ketika memandu.
- suka memandu laju
- tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
2. Bentuk jalan yang tidak elok.
- jalan yang rosak dan berlubang akibat hujan dan kenderaan berat
- jalan yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu

3. Penguatkuasaan yang bermusim menyebabkan pengguna jalan raya tidak berasa
takut.
- Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan hanya kerap melakukan penguatkuasaan
apabila tiba musim perayaan.

4. Anak muda menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram.
- ketika memandu anak muda hanya memikirkan keseronokan
- ingin menunjukkan jaguh ketika di jalan raya

Penutup :

• Tindakan pengawasan perlu dilakukan secara berterusan
• Pengguna jalan raya perlu sayangkan diri, keluarga dan orang lain.


Langkah 5

Pelajar-pelajar dikehendaki menyusun semula perenggan-perenggan di bawah ini supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap berdasarkan tajuk di atas.

Penguatkuasaan yang bermusim menyebabkan pengguna jalan raya tidak berasa takut. Memang ada anggata polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertugas mengawasi tingkah laku pengguna jalan raya, tetapi mereka hanya kelihatan ketika sebelum dan selepas hari perayaan sahaja. Pada hari-hari biasa pengguna jalan raya akan memandu mengikut selera sendiri tanpa mematuhi peraturan jalan raya. Hal ini akan menyebabkan kemalangan jalan raya semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Sebab paling utama adalah sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah ketika memandu. Pemandu lebih gemar memandu laju dengan alasan kereta yang mereka naiki cukup canggih untuk menderum di jalan raya. Selain itu, mereka juga tidak berhati-hati ketika memandu malah ada juga yang tidak mematuhi lampu isyarat dan tanda jalan. Kesilapan yang dilakukan oleh seorang dua penggguna, boleh menyusahkan pengguna lain.

Faktor seterusnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku ialah bentuk jalan raya yang tidak elok. Kajian menunjukkan kadar kemalangan di jalan persekutuan atau jalan biasa lebih banyak berbanding di lebuh raya. Keadaan ini berlaku kerana, di jalan raya biasa, bentuk jalannya berliku-liku seperti ular kena palu dan jalan pula tidak rata dan berlubang-lubang. Sering dilaporkan di media, penunggang motosikal tiba-tiba termasuk ke dalam lubang di jalan raya yang tidak dibaiki. Masalah ini sukar diatasi sepenuhnya kerana hujan dan hal ini ditambah dengan massalah kenderaan berat yang melalui jalan yang sama menyebabkan jalan mudah rosak.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mencatat kadar kemalangan yang agak tingggi terutama pada musim perayaan. Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada berita yang memaparkan tentang kemalangan jalan raya. Walaupun pelbagai kempen dilancarkan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini, namun kesannya amat mendukacitakan. Mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan nyawa sendiri dan keluarga masing-masing ?

Kesimpulannya, kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan kes kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera, jalan raya bukan lagi laluan yang selamat, malah boleh menjadi sungai maut. Oleh itu, tindakan untuk mengatasi masalah ini perlu dilakukan secara berterusan bukan sekadar melepas batuk di tangga sahaj.. Dalam waktu yang sama, pengguna jalan raya perlu ditanamkan sikap sayang akan diri sendiri, keluarga dan orang lain supaya mereka lebih berhemah ketika berada di jalan raya. Slogan “Pandu Cermat, Jiwa Selamat” perlu dijadikan pegangan ketika memandu.

Selain itu, anak muda pula sering menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram. Semasa berlumba ini, disebabkan perasaan ingin menang dan menonjolkan kejaguhan masing-masing, mereka sanggup memandu atau menunggang motosikal selaju yang boleh sehingga lupa akan bahaya yang bakal menanti. Malang tidak berbau, ketika asyik berlumba haram, mereka lupa akan keluarga dan nyawa sendiri. Akhirnya, berlakulah kemalangan yang menyebabkan nyawa melayang.



Langkah 6

Pelajar-pelajar diminta menulis semula karangan di atas dengan hanya berpandukan rangka karangan yang diberi.


Langkah 7

Berdasarkan soalan di atas, arahkan pelajar-pelajar menulis sebuah karangan yang lengkap tanpa memberi rangka karangan kepada mereka.




Latihan 2

Soalan : Program kitar semula dilaksanakan untuk menangani masalah pelupusan
sampah sarap yang semakin serius. Jelaskan sebab-sebab perlunya kitar
semula diadakan di negara ini.


Langkah 1

Mencatat tajuk/kehendak soalan




Langkah 2

Menyenaraikan isi-isi penting

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________
2 __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________


Langkah 3


Menulis Rangka Karangan

Pendahuluan :

- kitar semula ialah pemprosesan semula bahan-bahan buangan agar dapat digunakan
semula.
- tahap kesedaran rakyat terhadap program ini kurang memberangsangkan.

Isi :

• dilaksanakan kerana jumlah pembuangan sampah sarap yang dibuang semakin banyak –pertambahan penduduk – mengalami kekurangan tempat pembuangan sampah sarap.
• mengelakkan pencemaran udara atau pencemaran air- sesetengah orang membakar sampah sarap di kawasan terbuka – ada yang membuang sampah ke dalam sungai.
• mengelakkan orang ramai membuang sampah di merata-rata tempat – menggambarkan imej pengotor – melalui kitar semula bahan buangan dapat dikitar semula.

Penutup :
- haruslah bersama-sama menjayakan program ini
- tidak akan ditimbuni sampah sarap


Langkah 4

Pendahuluan karangan dan ayat pertama setiap perenggan diberi. Pelajar-pelajar diminta menyalin semula pendahuluan tersebut, kemudian menyalin semula ayat pertama setiap perenggan dan kemudian menulis karangan tersebut selengkapnya.

Sebab-sebab Perlunya Kitar Semula di Negara Ini

Kitar semula ialah pemprosesan semula bahan-bahan buangan agar dapat digunakan semula. Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, kertas terpakai, botol plastik, tin minuman, dan besi buruk. Kerajaan telah melaksanakan program kitar semula untuk menangani masalah pelupusan sampah sarap yang semakin serius. Namun begitu, tahap kesedaran rakyat terhadap program ini masih kurang memberangsangkan. Mengapakah kitar semula penting di negara ini?

Salah satu sebab, mengapa kitar semula penting di negara ini adalah kerana negara kita mengalami kekurangan tempat pembuangan sampah sarap. Hal ini terjadi kerana .........................................................

Selain itu, kitar semula penting untuk mengelakkan pencemaran udara atau pencemaran air yang semakin membimbangkan di negara ini. Hal ini berlaku kerana, …………………………………………….

Faktor seterusnya yang memerlukan kita melaksanakan kitar semula adalah untuk mengelakkan orang ramai membuang sampah di merata-rata tempat. Sikap orang ramai ini ………………………………………….

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah bersama-sama menjayakan program ini ……………………………
Latihan 3

Soalan : Dadah apabila disalahgunakan membawa padah. Nyatakan kesan buruk
penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat di negara ini.


Langkah 1

Mencatat tajuk/kehendak soalan





Langkah 2.

Pelajar-pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang lengkap berdasarkan rangka karangan yang diberi.


Rangka Karangan

Pendahuluan :

- dadah digunakan dalam bidang perubatan – apabila disalahgunakan dan digunakan
secara berterusan akan menyebabkan ketagihan- mengakibatkan pelbagai keburukan.

Isi :

- gelap masa depan – badan dan otak menjadi lemah – pelbagai jenis penyakit – penyakit AIDS – berpunca – daripada berkongsi jarum suntikan
- tidak berguna kepada masyarakat – seperti bangkai bernyawa - keamanan masyarakat terancam – pelbagai jenayah berlaku – tidak ada sifat kemanusiaan.
- Hilang sumber tenaga manusia – tidak dapat digunakan untuk membangunkan negara – terjejas dengan teruknya.
- Berjuta-juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk merawat penagih dadah – membiayai pembinaan pusat pemulihan, mengadakan kempen dan sebagainya.

Penutup :

- dadah banyak mendatangkan bahaya- musuh Negara – melancarkan pelbagai kempen untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah.




Latihan 4

Soalan : Kita digalakkan mempunyai rakan yang ramai. Akan tetapi tidak semua rakan
kita akan bersama-sama menangis apabila kita dalam kesusahan. Oleh itu,
terangkan ciri-ciri rakan yang baik.


Arahan : Berdasarkan rangka karangan di bawah ini, tulis karangan berkaitan ciri-ciri
rakan yang baik selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180
patah perkataan.


Rangka Karangan


Pendahuluan :
Mudah mencari rakan tertawa dan sukar mencari kawan menangis.
- Perlu mencari rakan yang berkualiti
- Silap membuat perhitungan akan sesal sepanjang hayat.

Isi :
1. Pilih rakan yang mempunyai wawasan hidup.
- Rakan yang mahu berjaya cemerlang dalam pelajaran
- Jauhkan diri daripada rakan yang bersikap negatif
2. Perlu mempunyai minat yang sama.
- Rakan yang berminat terhadap pelajaran
- Jika mempunyai minat yang sama, kita akan kekal dengan minat kita.
3. Cari rakan yang sanggup bersusah payah untuk kita, ke lurah sama dituruni, ke bukit
sama didaki.
- Kesusahan ujian untuk kita, dan peluang mencari rakan sejati.
- Tidak berguna mempunyai rakan tetapi menghilangkan diri apabila kita susah.
4. Cari rakan yang tahu menjaga keperibadian atau mempunyai harga diri.
- Cari rakan yang tutur katanya menghiburkan.
- Amanah tingkah laku, pertuturan, dan memegang janji.

Penutup :
Sukar memiliki rakan sejati jika kita bersikap negative.
- Manusia tidak mempunyai kesempurnaan seratus peratus.
- Jangan terlalu memilih status untuk mencari rakan yang baik.








Latihan 5

Soalan : Persatuan di sekolah anda sering menganjurkan lawatan sambil belajar ke
sesuatu tempat. Berikan pendapat anda tentang faedah yang diperoleh
mengikuti lawatan tersebut

Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberikan di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan yang lengkap berdasarkan tajuk di atas. Panjang karangan anda
hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan :

Persatuan di sekolah mengadakan pelbagai aktiviti.
- mengadakan lawatan sambil belajar
- lawatan menjadi daya penarik kepada ahli.

Isi :

1. Lawatan boleh menambahkan pengetahuan.
- Jika ke Melaka dapat melihat kesan tinggalan sejarah.
- Pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas.

2. Dapat memanfaatkan masa lapang, kerana masa itu emas
- Jika tidak menyertai lawatan, mungkin asyik menonton televisyen di rumah.
- Menyebabkan kita malas menolong kedua-dua ibu bapa di rumah.

3. Satu cara untuk memperoleh hiburan
- Dapat melihat bumi Malaysia yang menghijau.
- Ketenangan memudahkan kita mengulang kaji pelajaran.

4. Melawat boleh mengukuhkan ikatan silaturahim.
- Masa berbual lebih lama.
- Sifat setia kawan dapat diwujudkan.

Penutup :

Persatuan perlu merancang aktiviti lawatan sejak awal tahun.
- Adakan lawatan ke tempat yang mencabar.
- Pelajar akan rugi jika tidak menyertai lawatan.





Latihan 6

Soalan : Kerap kali anda mendengar komen orang ramai tentang mutu sukan di
negara kita.
Nyatakan punca-punca kemerosotan sukan di negara kita.

Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberi di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan lengkap berdasarkan tajuk soalan di atas. Panjang karangan
anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

Mutu sukan di negara kita tidak konsisten sejak akhir-akhir ini.
- pihak media membuat laporan
- masyarakat inginkan penjelasan

Isi :

1. punca utama – para pemain kurang memiliki sikap cintakan negara – bermain bersungguh-sungguh sekiranya memperoleh imbuhan yang lumayan.
2. pemain menganggap bidang sukan sebagai kerjaya sampingan – mereka kurang memberikan tumpuan sepenuh masa. Melakukan sesuatu seperti melepaskan batuk di tangga.
3. kurangnya sekolah-sekolah sukan - bakat-bakat berpotensi tidak dapat dicungkil.
4. peralatan dan kemudahan sukan masih kurang berbanding dengan negara-negara maju.


Penutup :

- suatu program sukan yang terancang perlu dilaksanakan
- semua pihak terutama kerajaan dan swasta harus berusaha untuk meningkatkan mutu sukan.








Latihan 7

Soalan : Permainan tradisional tidak mendapat sambutan dalam kalangan
generasi muda kerana kurang pendedahan kepada masyarakat. Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilaksanakan?

Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberikan di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan yang lengkap berdasarkan soalan di atas. Panjang karangan anda
hendaklah melebihi 180 patah kata.


Rangka Karangan :

Pendahuluan :

Permaianan tradisional merupakan permainan tinggalan nenek moyang kita seperti wau, congkak, sepak raga dan sebagainya.
- semakin dilupakan kerana terlalu banyak permainan moden yang menggunakan komputer dicipta.
- nilai-nilai tradisinal semakin lenyap.


Isi :

1. kerajaan dan masyarakat patut menganjurkan pertandingan permainan tradisional bermula dari peringkat daerah , negeri, kebangsaan – penyertaan daripada pelbagai kaum digalakkan.
2. menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah – memberikan kursus kepada guru penasihat - mengupah individu yang mahir dalam permainan tradisional mengajar di sekolah-sekolah – menarik minat pelajar.
3. pemenang permainan tradisioanal dinobatkan sebagai tokoh sukan tradisional – beri pelbagai penghargaan.
4. mewajibkan hotel-hotel menganjurkan pertunjukkan , pameran permainan tradisional - mengadakan pertandingan - menghiburkan para pelancong.


Penutup :

- Permainan tradisional perlu diwariskan kepada generasi akan dating.
- Dapat mengekalkan budaya bangsa dan identiti negara kerana permainan ini tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.




Latihan 9

Soalan : Anda telah mengikuti Kursus Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan PMR
di sekolah. Nyatakan manfaat yang anda peroleh daripada kursus tersebut.

Arahan : Berdasarkan rangka karangan yang diberikan di bawah ini, tuliskan sebuah
karangan yang lengkap berdasarkan tajuk di atas. Panjang karangan anda
hendaklan melebihi 180 patah kata.

Rangka Karangan

Pendahuluan :

Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) merupakan peperiksaan yang penting kepada pelajar-pelajar tingkaan 3.
- kursus sehari bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang
- bayaran RM15.00 seorang
- bertempat di dewan sekolah.


Isi :

1. penceramah memberitahu tajuk-tajuk penting - para pelajar digalakkan mengumpulkan soalan-soalan yang ada kaitan dengan tajuk tersebut.
2. penceramah menerangkan teknik-teknik menjawab soalan dengan betul - seperti perlu membaca soalan sebanyak dua kali sebelum menjawab – garisi kehendak soalan - kenal pasti akan jawapan yang salah dan pilih jawapan yang betul.
3. penerangan tentang faedah belajar mengikut jadual waktu, belajar secara berkumpulan, dan menjaga kesihatan diri kerana badan sihat otak cerdas.
4. mendapat soalan ramalan beserta jawapan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam

Penutup :

- mendapat semangat baru untuk belajar dan berasa lebih yakin untuk menduduki
peperiksaan sebenar pada hujung tahun.










Latihan 10

Soalan : Penggunaan teknologi komputer dan kesannya kepada manusia sejagat.
Huraikan pendapat anda tentang faedah teknologi komputer kepada
masyarakat.

Arahan : Berdasarkan rangka karangan di bawah ini, tuliskan sebuah karangan
yang lengkap berdasarkan tajuk di atas. Panjang karangan anda hendaklah
melebihi 180 patah perkataan.

Rangka Jawapan

Pendahuluan :

Komputer merupakan hasil ciptaan sains dan teknologi.
- banyak membawa perubahan
- membantu manusia menguruskan kerja-kerja harian.
- meningkatkan produktiviti.

Isi :

1. bidang perdagangan - urusan perniagaan seperti menghantar pesanan dan menjelaskan bayaran – menjimatkan tenaga manusia dan masa.
2. bidang perubatan - mengesan dan merawat pelbagai jenis penyakit – mencipta ubat-ubatan berkualiti – membantu pesakit.
3. bidang maklumat – mesej disebarkan ke seluruh dunia – pelajar dapat mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas – maklumat di hujung jari anda,
4. bidang pengangkutan - melicinkan perjalanan - LRT, komuter, monorel – alat kawalan kenderaan berkomputer - mempercepat perjalanan dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.

Penutup :

Kerajaan perlu mewajibkan pendidika komputer di sekolah.
- pelajar tidak ketinggalan dalam bidang computer
- tidak seperti katak di bawah tempurung.

No comments: