Monday, June 9, 2008

KAEDAH DAN LANGKAH MENJAWAB PETIKAN MERINGKASKAN KARANGAN DAN PEMAHAMAN

KERTAS 2

KAEDAH DAN LANGKAH MENJAWAB PETIKAN MERINGKASKAN KARANGAN DAN PEMAHAMAN

BAHAGIAN A

A(i) MERINGKASKAN PETIKAN

PETIKAN 1


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kelebihan menyusu dengan susu ibu. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kelahiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga diibaratkan sebagai menerima anugerah yang paling berharga. Dalam hal ini, susu ibulah yang dapat dihadiahkan kepada bayi sebagai minuman yang paling mujarab. Susu ibu merupakan susu yang paling baik untuk bayi. Oleh itu, menyusukan bayi sudah diterima sebagai satu kaedah terbaik untuk membesarkan anak-anak.
Banyak kelebihan apabila seseorang bayi menyusu susu ibu berbanding dengan susu tepung. Antara kelebihan susu ibu ialah bayi dapat bernafas dengan baik semasa bayi sedang menyusu. Sehubungan dengan itu, otot muka bayi lebih kenyal berbanding dengan bayi yang menyusu botol kerana bayi terpaksa menyesuaikan mulutnya dengan bentuk puting botol susu. Kesannya, tulang pipi akan menonjol keluar dan muka bayi akan kelihatan tidak seimbang. Kandungan susu ibu penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan emosi bayi.

Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif terhadap perkembangan rahang. Sekiranya rahang berkembang dengan baik, ruang yang ada dapat ditumbuhi gigi susu. Gigi susu dapat tumbuh dengan cantik seolah-olah bertunas di atas gusi dari tengah ke tepi. Oleh itu wajah bayi akan kelihatan lebih cantik dan menawan.

Dari sudut psikologi pula, penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan yang erat antara ibu dengan anak. Selain itu, ibu tidak berkemungkinan menghidap penyakit serius seperti barah payu dada dan barah ovari. Ibu juga dapat mengurangkan berat badan dengan lebih mudah selepas bersalin dan kembali langsing.

Sebenarnya susu ibu sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Ibu yang menyusukan bayi sudah tentu dapat menjimatkan wang. Oleh sebab itu, ibu-ibu digalakkan supaya menyusukan bayi masing-masing tanpa ragu-ragu.


Panduan menulis ringkasan

1. Cari 5 isi penting.
2. Buang 1- 2 perkataan tidak penting ATAU tukar 1 perkataan kepada perkataan seerti ATAU jangan masukkan contoh.
3. Tulis dalam perenggan.
4. Kira dan tulis jumlah perkataan.

Langkah 1

Cari isi ringkasan – ayat yang berhuruf tebal dalam petikan di atas ialah isi ringkasan, iaitu :

1. Antara kelebihan susu ibu ialah bayi dapat bernafas dengan baik semasa (bayi )
sedang menyusu.
2. Kandungan susu ibu penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan emosi
bayi.
3.Penyusuan susu ibu(juga) memberikan kesan positif terhadap perkembangan rahang.
4. Dari sudut psikologi (pula), penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan (yang)
erat antara ibu dengan anak.
5. Selain itu, ibu tidak berkemungkinan menghidap penyakit serius (seperti barah payu
dada dan barah ovari).

Langkah 2

Tentukan perkataan / perkataan-perkataan yang tidak perlu ditulis.
Sebagai panduan, perkataan dalam kurungan tidak perlu anda tulis dalam ringkasan anda.

Langkah 3
Tulis isi ringkasan dan bilangan perkataan dalam perenggan. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut.
Antara kelebihan susu ibu ialah ……………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
Kandungan susu ibu penting untuk ……………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
Penyusuan susu ibu memberikan ………………………………………………………….
Dari sudut psikologi, ………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
Selain itu, ibu tidak berkemungkinan menghidap ………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….

(  tulis jumlah perkataan)


A(ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


Panduan menulis jawapan :


1. Soalan 1 : Tukar perkataan lain ATAU tulis kata seerti bagi semua perkataan dalam rangkai kata.
2. Soalan 2 : Berikan 2 jawapan.
3. Soalan 3 : Berikan 2 jawapan.
4. Mulakan ayat jawapan dengan ayat kehendak soalan.
5. Tulis ayat dengan lengkap. (Jangan tulis jawapan dalam bentuk ‘poin’)


1. Apakah maksud rangkai kata menerima anugerah? (2 markah)
Rangkai kata menerima anugerah bermaksud ……………… …….……………….

2. Nyatakan kesan menyusu dengan menggunakan susu botol. (4 markah)
Kesan menyusu dengan menggunakan botol ialah tulang pipi ………………………
…………………………………………. dan muka bayi akan ………………………
…………………………………………..

3. Bagaimanakah kerajaan dapat menggalakkan penyusuan susu ibu ? (4 markah)
Kerajaan dapat menggalakkan penyusuan susu ibu dengan cara ………………………
…………………………………………………………………. ……………………… dan
…………………………………………………………………………………………………..

PETIKAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menggalakkan kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus pada setiap tahun. Jumlah sampah yang banyak itu menyebabkan negara terpaksa membazirkan wang dan tenaga kerja yang banyak. Bagi mengelakkan pembaziran, kerajaan telah melancarkan program kitar semula sebagai satu cara daripada langkah berjimat cermat.

Selaras dengan pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan telah meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai seperti di kompleks beli-belah, pasar raya, sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set tong kitar semula terdiri daripada tiga buah tong iaitu tong coklat untuk bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk plastik dan logam. Pada masa yang sama, pihak berkuasa disarankan supaya melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat.

Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan dibawa ke pusat pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang dibawa akan dinilai dan pusat pengumpulan akan memberikan bayaran kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang membawa barangan terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang berpatutan juga. Sehubungan itu, kerajaan telah menawarkan beberapa galakan yang lain seperti pengecualian cukai bagi mesin dan peralatan yang digunakan untuk kitar semula.

Selain pihak kerajaan, pihak swasta digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti kitar semula. Misalnya, mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan bahan kitar semula sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat juga menjmatkan penggunaan bahan mentah.


Langkah 1

Cari isi ringkasan dalam petikan berdasarkan isi yang disenaraikan di bawah ini. Gariskan ayat yang telah kamu temukan.

1. Selaras dengan pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan (telah)
meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai (seperti di kompleks
beli-belah, pasar raya, sekolah dan pusat perniagaan).
2. Pada masa yang sama, pihak berkuasa disarankan supaya melancarkan kempen
kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar (kepada masyarakat).
3. Barangan kitar semula yang dibawa (akan) dinilai dan pusat pengumpulan (akan)
memberikan bayaran kepada syarikat yang membawanya.
4. Pengguna yang membawa barangan terpakai terus ke pusat pengumpulan (akan)
mendapat bayaran yang berpatutan (juga).
5. Sehubungan itu, kerajaan (telah) menawarkan beberapa galakan yang lain seperti
pengecualian cukai bagi mesin dan peralatan (yang digunakan untuk) kitar semula.


Langkah 2


Tentukan perkataan / perkataan yang tidak perlu ditulis.


Langkah 3


Sekarang, tulis dan susun isi ringkasan dalam perenggan. Kemudian, tulis jumlah perkataan.

……………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( tulis jumlah perkataan)

Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


1. Berikan maksud rangkai kata barangan terpakai. (2 markah)
Rangkai kata barangan terpakai bermaksud …………………………………………

2. Apakah matlamat program kitar semula? (2 markah)
Matlamat program kitar semula adalah untuk mengelakkan …………………………
dan menjimatkan …………………………………………………..

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menjayakan program kitar
semula? (2 markah)

Kita dapat menjayakan program kitar semula dengan cara mengadakan
……………………………………………………………………………………. dan
memberikan …………………………………………………………………………


PETIKAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor penyakit kulit. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Penyakit kulit mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung pada bahagian anggota yang terkena jangkitan, misalnya kulat kutu air yang tumbuh di kaki, ruam gatal yang tumbuh di pangkal paha selain kurap yang tumbuh di bahagian anggota badan yang lain.

Tanda-tanda awal jangkitan kulat ialah permukaan kulit cepat menjadi merah, bersisik , dan gatal. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila badan berpeluh. Keadaan yang sedemikian akan memudaratkan kesihatan seseorang. Seseorang yang dijangkiti kulat akan berasa tidak selesa dan sentiasa menggaru-garu untuk menghilangkan rasa gatal.

Pakaian yang ketat juga menggalakkan pertumbuhan kulat, terutamanya pada bahagian kaki dan anggota badan yang berlipat seperti lutut dan siku. Selain itu, memakai kasut yang sempit dan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik menyebabkan kaki dan jari-jemari kaki berpeluh lalu menggalakkan pertumbuhan kulat.

Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri mudah dijangkiti kulat melalui angin. Angin yang bertiup mampu menerbangkan jutaan spora kulat ke permukaan kulit yang lain. Jangkitan turut terjadi jika seseorang itu suka berkongsi barang-barang peribadi dengan ahli keluarga atau orang lain.

Jangkitan kulat juga boleh berlaku melalui sentuhan, iaitu apabila tubuh menyentuh tanah, air, tumbuhan atau haiwan yang telah dijangkiti kulat. Lazimnya, penghidap penyakit kulit malas mandi atau mereka tidak mencuci semua permukaan kulit sehingga bersih.
Penawar anti-kulat boleh didapati di farmasi dan kedai perubatan Cina dalam bentuk krim, cecair, dan serbuk. Walau bagaimanapun, jika tanda-tanda jangkitan kurap berlarutan, penghidap hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.


Langkah 1

Cari dan gariskan 5 isi ringkasan.


Langkah 2

Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan



Langkah 3


Tulis ringkasan dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( )



Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN

1. Apakah maksud rangkai kata penawar anti-kulat?
Rangkai kata penawar anti-kulat ialah …………………………………………………..

2. Bagaimanakah keadaan orang yang dijangkiti kulat?
Orang yang dijangkiti kulat akan …………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kulit?
Langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kulit adalah dengan …………………
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

Petikan 4


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang Keburukan belajar pada saat akhir. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai pelajar di negara ini mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM apabila tinggal beberapa minggu lagi untuk diduduki. Tabiat mengulangkaji pada saat akhir amat merugikan pelajar. Pelajar yang mengamalkan tabiat ini akan memahami secara luaran sesuatu topik tanpa mampu untuk menghuraikannya. Malahan topik yang dibaca terhad dan amat berbahaya jika topik tersebut tidak diajukan dalam peperiksaan. Sekiranya mengulangkaji dari awal tahun, pelajar dapat menjawab semua topik yang diajukan dengan cepat dan tepat.

Belajar pada saat akhir juga menyebabkan fikiran menjadi kusut. Apa tidaknya, banyak tajuk yang hendak dibaca sedangkan masa begitu pendek. Hal ini tidak berlaku sekiranya belajar lebih awal, perasaan lebih tenang dan peperiksaan dianggap sebagai cabaran. Ada yang berpendapat,belajar disaat akhir menyebabkan pelajar itu ketandusan ilmu atau memperolehi ilmu yang sedikit berbanding dengan pelajar yang pandai menggunakan dan memanfaatkan masa yang ada padanya.

Pernahkan anda terbaca berita seseorang pelajar tiba-tiba menjadi seorang yang agresif?. Hal ini disebabkan peperiksaan semakin hampir dan harapan ibu bapa pula terlalu tinggi. Oleh sebab rasa tanggungjawab itu tidak dapat dipikul,golongan ini membaca dengan perasaan terpaksa lalu menjadi manusia yang agresif. Selain itu belajar pada saat akhir tidak menimbulkan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. Berbanding orang yang belajar awal,keyakinan dalam diri begitu besar. Akhirnya peperiksaan yang ditunggu pun tiba.
Oleh sebab persediaan sebulan sebelum peperiksaan,di dalam dewan peperiksaan perasaan akan berasa gelisah. Hal ini tidak berlaku jika membuat persediaan awal pelajar akan menghadapi peperiksaan dengan tenang. Selain itu juga belajar di saat akhir,akan wujud rasa tidak puas hati di dalam diri. Ketika itulah timbul rasa kesal kerana tidak mahu belajar dari awal. Apa bila keputusan diumumkan dan memperoleh keputusan yang buruk,timbul rasa bersalah terhadap diri dan keluarga menguasai diri.

(Dipetik daripada rencana “Kerugian dan Keburukan Belajar pada saat akhir)
Oleh Aziziun Asmat, Fokus,,Mac 2006
(20 Markah)

Langkah 1

Tuliskan 5 isi penting di atas

………………………………………………………………………………………………..


………………………………………………………………………………………………..


……………………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………
.

……………………………………………………………………………………………….




Langkah 2


Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan.

1. ……………………………………………………………………………………………….


2. ……………………………………………………………………………………………….


3. ……………………………………………………………………………………………….

4. ……………………………………………………………………………………………….

5. ……………………………………………………………………………………………….


Langkah 3

Tulis satu perenggan ringkasan berpandu isi diatas dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( perkataan )


Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


1. Apakah maksud rangkai kata tidak dapat dipikul?
Rangkai kata tidak dapat dipikul ialah ………………………………………………….
.

2. Nyatakan empat kelebihan belajar dari awal ?
Kelebihan belajar dari awal ialah, …………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..

3. Pada pendapat anda, mengapakah sebahagian pelajar hanya terdorong belajar
sebulan sebelum peperiksaan?
Sesetengah pelajar belajar pada saat akhir kerana…………………
………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………..............


PETIKAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang Faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Banyak faedah yang diperoleh apabila seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Namun begitu banyak pelajar yang memberikan alas an apabila disuruh melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa. Malah ada yang mengatakan bahawa aktiviti tersebut boleh mencetuskan pergaduhan apabila ada yang tidak berpuashati. Mengapakah perlu memperbesar perkara yang negative sedangkan banyak lagi positif?
Persoalannya sedarkah mereka tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Seseorang pelajar dapat menggunakan masanya dengan berfaedah apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Sementelah itu,sikap berdisiplin dapat ditanam dalam sanubari pelajar- pelajar sekolah. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar. Hal ini akan mewujudkan sikap kerjasama dan toleransi disamping itu perpaduan kaum juga dapat dipupuk. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah Negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Para pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
Tambahan pula, pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia. Selain itu juga dapat mewujudkan rasa bangga dalam kalangan pelajar dengan budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum,seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak, selain itu dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan dan ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan kes-kes juvana kerana pelajar tidak akan ada masa untuk melibatkan diri dengan gejala-gejala social.
Kita akui bahawa kegiatan luar bilik darjah boleh merosakkan tumpuan terhadap pelajarnya malah boleh mengeruhkan hubungan kaum jika tidak dikawal. Walaupun begitu golongan yang berfikiran negatif ini haruslah ingat akan faedahnya lebih banyak berbanding kesan buruknya,.

(Dipetik daripada rencana “Faedah-faedah Aktiviti kokurikulum”
Oleh Thriucheli , Dewan Siswa,April 2006)

(20markah )


Langkah 1

Tuliskan 5 isi penting di atas

………………………………………………………………………………………………..


………………………………………………………………………………………………..


……………………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………
.

……………………………………………………………………………………………….



Langkah 2

Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan.

1. ……………………………………………………………………………………………….


2. ……………………………………………………………………………………………….


3. ……………………………………………………………………………………………….

4. ……………………………………………………………………………………………….

5. ……………………………………………………………………………………………….


Langkah 3

Tulis satu perenggan ringkasan berpandu isi diatas dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( perkataan )


Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


1. Apakah maksud rangkai kata mencetuskan pergaduhan?
Rangkai kata mencetuskan pergaduhan ialah ………………………………………………….
.
2. Nyatakan empat alasan seseorang pelajar tidak mahu menyertai kegiatan
kokurikulum ?
Empat alasan pelajar tidak mahu menyertai kegiatan kokurikulum ialah,
……………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, mengapakah sebahagian pelajar hanya terdorong belajar
sebulan sebelum peperiksaan?
Sesetengah pelajar belajar pada saat akhir kerana…………………
………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..............

PETIKAN 6

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesan daripada pendidikan berorientasikan peperiksaan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Semua pelajar pasti mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian atau sebagai lesen untuk mendapatkan perkerjaan. Namun, kecemerlangan akademik semata-mata belum mencukupi jika tidak disokong dengan daya ketahanan untuk menghadapi cabaran. Sehubungan itu, kita menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan sistem ujian dan peperiksaan yang kini dianggap tidak praktikal. Pemantauan yang dilakukan juga mendapati sistem berorientasikan peperiksaan tidak lagi sesuai kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar,sekaligus membebankan pelajar dan guru.

Sistem baru akan diperkenalkan secara berperingkat di sekolah tertentu. Sistem yang dilakukan akan dilihat akan keberkesanannya selama lima tahun, kemudian akan ditentukan sama ada akan diperluaskan ke semua sekolah. Dalam proses tersebut akan dilakukan penambahbaikan mana-mana kecacatan gara pelaksanaannya benar-benar berkesan. Sistem pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum,buku teks dan lain-lain Pada masa ini, guru bimbang untuk menggunakan kaedah lain kerana takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian Pelajaran akibatnya, motivasi pelajar merosot kerana dipaksa belajar mengikut belajar mengikut jadual waktu bukan mengikut minat mereka.

Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengganguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sekarang, menerusi sistem yang ada sekarang, pelajar hanya tahu menjawab tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya,pelajar berlumba-lumba kekelas tuisyen dengan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Masyarakat pula hanya mahu anak memperoleh A dalam setiap pelajaran. Masyarakat masih menganggap gagal peperiksaan akan gagal segala-galanya. Hal ini menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehingakan hilang keseronokan mencari ilmu. Kini terpulang kepada ahli-ahli akademik dan pemikir pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti pendekatan baru yang sesuai bagi menguasai itu.

(20 markah)

Langkah 1


Tuliskan 5 isi penting di atas

………………………………………………………………………………………………..


………………………………………………………………………………………………..


……………………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………
.

……………………………………………………………………………………………….




Langkah 2


Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan.

1. ……………………………………………………………………………………………….


2. ……………………………………………………………………………………………….


3. ……………………………………………………………………………………………….

4. ……………………………………………………………………………………………….

5. ……………………………………………………………………………………………….

Langkah 3

Tulis satu perenggan ringkasan berpandu isi diatas dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( perkataan )


Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN



1. Apakah maksud rangkai kata daya ketahanan untuk menghadapi cabaran?
Maksud daya ketahanan untuk menghadapi cabaran ialah……………………..
…………………………………………………………………………………………
.
2. Nyatakan empat tahap menilai sesuatu sistem peperiksaan?
Empat tahap menilai sistem peperiksaan ialah
……………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, apakah kelebihan system pendidikan yang ada sekarang?
Kelebihan yang ada sekarang,pelajar………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..............


PETIKAN 7

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kelebihan-kelebihan memiliki telefon bimbit. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Talian komunikasi tanpa wayar atau telefon bimbit, ialah salah satu alat perhubungan atau komunikasi dan telah menjadi trend masyarakat dunia masa kini. Memang tidak dinafikan kepentingan memiliki telefon bimbit, Seseorang dapat dihubungi walaupun beribu-ribu batu jauhnya dipelosok dunia sekalipun. Selain itu kita dapat mengetahui berita-berita penting dan terkini lebih cepat.
Alat perhubungan ini yang satu ketika dahulu dianggap barangan mewah ,kini mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat dunia. Malahan, ada ibubapa yang mampu menyediakan alat komunikasi ini kepada anak-anak mereka sejak dibangku sekolah rendah lagi bagi memudahkan perhubungan di antara anak-anak dan ibubapa yang sentiasa mementingkan masa. Telefon bimbit dapat menyampaikan pesanan secara pantas dan berkesan dan boleh menyimpan pelbagai maklumat.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa telefon bimbit lebih penting daripada computer dan internet kerana telefon bimbit tidak memerlukan kuasa elektrik. Rupa bentuknya yang comel dan praktikal dengan dilengkapi kamera,video,SMS,GPRS,WAP dan yang terbarunya ialah 3G yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan teknologi terkini orang boleh melihat wajah orang yang dihubungi. Kini telefon boleh menghubungi talian Internet bagi mengetahui apa yang berlaku di luar Negara. Banyak yang diperoleh apabila kita dapat menggunakan Internet.
Malahan, telefon bimbit dapat menyimpan dan memaklumkan akan jadual harian. Pendek kata, telefon bimbit dapat menyelesaikan masalah yang selama ini sukar untuk dibuat. Dalam dunia hari ini anada akan dianggap ketinggalan sekiranya tidak memiliki telefon bimbit.Namun, tidak dinafikan juga telefon bimbit menyebabkan berlakunya pembaziran apabila orang menyalahgunakan. Malahan sesetengahnya sanggup berhabis duit untuk menukar model terbaru. Bagi pelajar, ada yang sanggup mengikat perut asal sahaja talian tidak terputus. Hal ini tidak dicampur dengan pergaduhan disekolah gara-gara sikap menunjuk-nunjuk sesetengah pelajar yang memiliki telefon baru.

(20markah)

Langkah 1

Tuliskan 5 isi penting di atas

………………………………………………………………………………………………..


………………………………………………………………………………………………..


……………………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………
.

……………………………………………………………………………………………….




Langkah 2


Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan.

1. ……………………………………………………………………………………………….


2. ……………………………………………………………………………………………….


3. ……………………………………………………………………………………………….

4. ……………………………………………………………………………………………….

5. ……………………………………………………………………………………………….

Langkah 3


Tulis satu perenggan ringkasan berpandu isi diatas dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( perkataan )


Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


1. Apakah maksud rangkai kata trend masyarakat dunia?
Rangkai kata trend masyarakat dunia ialah………………………………………
…………………………………………………………………………………………
.
2. Nyatakan empat kesan negative penggunaan telefon bimbit?
Empat kesan negatif penggunaan telefon bimbit ialah
……………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, Mengapakah pelajar dilarang membawa dan menggunakan
telefon bimbit di sekolah?
Pelajar dilarang kerana …………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..............

PETIKAN 8

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk mempopularkan perubatan tradisional. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Penggunan herba untuk tujuan perubatan sudah bermula sejak dahulu. Sebagai sebuah Negara yang menduduki tempat ke-12 dalam kepelbagaian biologi dunia,hasil perut bumi Malaysia perlu dibangunkan dan dikomersialkan sebagai sumber perubatan herba. Diseluruh dunia, penggunaan tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan menjadi subjek penting dalam bidang pengajian etnobotani. Tumbuhan herba dinegara ini perlu diteroka dan dikaji secara maksimum bagi memastikan sumber hutan dapat digunakan dengan berkesan. Kita wajar mencontohi Negara maju dengan mengumpulkan dan membukukan ilmu perubatan herba sehingga menarik perhatian saintis untuk menghasilkan ubat-ubatan daripada tumbuhan herba.

Malangnya, dinegara ini, pengetahuan tentang tumbuhan herba yang memberikan khasiat pada kesihatan hanya diperturunkan secara lisan. Tumbuhan herba yang digunakan dalam masakan seperti lengkuas,kunyit,halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan tetapi telah dilupakan, sedangkan tumbuh-tumbuhan itu mudah diperoleh. Pengalaman kehidupan harian mengajar masyarakat tentang jenis tumbuhan herba yang boleh dibuat ubat dan makanan. Kekurangan pengetahuan dalam bidang sains menyebabkan mereka membuat penilaian berdasarkan rupa bentuk,bau dan warna tumbuhan herba tersebut. Malahan masyarakat menggangap perubatan tradisional sudah ketinggalan zaman.
Persoalannya,adakah dakwaan mereka benar dan adakahvpengguna sentiasa selamat mengunakkan tumbuhan herba tanpa kawalan?Kajian berterusan oleh saintis perlu dilakukan untuk membuktikan tumbuhan herba di Malaysia mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sehingga sekarang banyak seminar diadakan seluruh dunia bagi membincangkan hasil penyelidikan yang ditemui agar potensi tumbuhan herba sebagai alternatif kepada perubatan moden dapat diketahui oleh dunia luar.langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan membenarkan ubat-ubatan tradisional dijual di hospital merupakan langkah yang bertepatan.
Kita berharap, banyak lagi ubat-ubatan tradisional diberi pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberi keyakinan kepada masyarakat. Bagi pengusaha yang menjalankan perniagaan ini,pastikan ubat-ubatan dibungkus dengan baik,seperti ubat-ubatan moden yang lain.Ubat-ubatan tersebut hendaklah dipasarkan secara meluas agar pengguna muda mendapatkanya. Kempen ubat-ubatan tradisional pelu diwar-warkan di media massa. Apa gunanya barang yang baik dapat dikeluarkan tetapi tidak diketahui oleh orang ramai

(20 Markah)

Langkah 1


Tuliskan 5 isi penting di atas

………………………………………………………………………………………………..


………………………………………………………………………………………………..


……………………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………
.

……………………………………………………………………………………………….




Langkah 2


Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan.

1. ……………………………………………………………………………………………….


2. ……………………………………………………………………………………………….


3. ……………………………………………………………………………………………….

4. ……………………………………………………………………………………………….

5. ……………………………………………………………………………………………….


Langkah 3


Tulis satu perenggan ringkasan berpandu isi diatas dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( perkataan )


Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


1. Apakah maksud rangkai kata diberi pengiktirafan?
Rangkai kata diberi pengiktirafan ialah……………………………………………
…………………………………………………………………………………………
.
2. Nyatakan empat sikap negatif masyarakat terhadap perubatan tradisional?
Empat sikap negatif masyarakat terhadap perubatan tradisional ialah
……………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, Mengapakah masyarakat kini kurang menggunakan perubatan
tradisional?
Mengapakah masyarakat kini kurang menggunakan perubatan tradisional
kerana……………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………...

PETIKAN 9

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang factor-faktor berlakunya pembuangan bayi. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi di Malaysia semakin serius. Fenomena pembuangan bayi yang masih kecil sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah,tandas, dan longkang. Pergaulan bebas merupakan pemangkin utama berlaku kes ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat dan impaknya segadis hamil anak luar nikah

Lebih buruk lagi pihak lelaki tidak bertanggungjawab sehingga membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan. Perempuan yang menerima anak juga takut dimarahi atau dipulau keluarga akibat keterlanjuran dalam perhaulan. Selain itu juga faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai anak yang ramai sedangkan suami tidak berkerja dan sebagainya. Kurang didikan agama juga merupakan salah satu punca berlakunya kes pembuangan bayi.
Selain cetek agama, mereka juga cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Mereka mudah terperdaya untuk melakuakan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahala. Bagi mereka, perbuatan keji ini adalah perkara baru yang perlu dicuba.Mereka yang melakukan perbuatan salah ini tidak menerima maklumat yang betul dari pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah yang diterima sebagai contoh tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji ini berlaku dengan sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang mempunyai anak tanpa berkahwin. Keadaan diburukkan lagi dengan menggangap bahawa memiliki anak, terutamanya yang belum bernikah akan membebankan sepanjang hayat mereka.
Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh yang demikian pegangan agama yang utuh dalam kalangan remaja penting untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa,bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama,ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain itu individu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat.

(20 markah)

Langkah 1

Tuliskan 5 isi penting di atas

………………………………………………………………………………………………..


………………………………………………………………………………………………..


……………………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………
.

……………………………………………………………………………………………….




Langkah 2



Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan.

1. ……………………………………………………………………………………………….


2. ……………………………………………………………………………………………….


3. ……………………………………………………………………………………………….

4. ……………………………………………………………………………………………….

5. ……………………………………………………………………………………………….


Langkah 3


Tulis satu perenggan ringkasan berpandu isi diatas dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( perkataan )


Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


1. Apakah maksud rangkai kata terjerumus dikancah maksiat?
Rangkai kata terjerumus dikancah maksiat ialah ………………………..
………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
.
2. Apakah langkah-langkah untun mengatasi masalah pembuangan bayi?
langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi ialah
……………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, Mengapakah zaman sekarang banyak berlakunya pembuangan
bayi?
Zaman sekarang banyak berlakunya pembuangan bayi kerana
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………...
PETIKAN 10

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan menghayati Rukun Negara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak dari bangku sekolah lagi kita di dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa,bahasa dan agama dinegara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluruhan Perlembagaan;Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara resipi kejayaan Negara dalam menyatupadukan rakyat. Bagaimanapun penghayataan Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat Malaysia apa bila mereka dewasa.
Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semangkin meningkat sejak belakangan ini . Ini berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap Rukun Negara. Bagi mengingatkan rakyat pentingnya prinsip Rukun Negara dipertahankan, kerajaan melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara. Semangat Rukun Negara yang tersemadi di sanubari rakyat sejak 35 tahun dahulu perlu terus dikekalkan. Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang lebih menghormati kaum-kaum lain. Malah boleh mewujudkan perasaan hormat menghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini yang berbilang kaum dan agama.
Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas membuktikan Rukun Negara dapat melahirkan keamanan dan kerharmonian Negara dapat dikekalkan .Rukun Negara juga mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik,saintifik dan progresif selain bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Selain itu, Rukun Negara dapat mencipta satu masyarakat yang adil,supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama. Dalam pada itu lima prinsip Rukun Negara sebenarnya saling berkait rapat antara satu dengan lain.
Selanjutnya, kepercayaan kepada Tuhan mampu menerapkan kepercayaan beragama yang boleh mengukuhkan ikatan pelbagai kaum di Malaysia serta mempunyai jati diri yang padu. Rukun Negara juga mendidik kita mempunyai kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan negara kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Selain itu ,Rukun Negara mendidik kita supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan kehuluran Perlembagaan Negara. Masalah yang berlaku sekarang seperti kejadian yang kian meningkat berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak menghayatai Rukun Negara. Oleh yang demikian usaha memastikan rakyat menghayati semula prinsip-prinsip Rukun Negara merupakan langkah tepat dan perlu melibatkan segenap lapisan masyarakat.

(20 markah )

Langkah 1

Tuliskan 5 isi penting di atas

………………………………………………………………………………………………..


………………………………………………………………………………………………..


……………………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………
.

……………………………………………………………………………………………….


Langkah 2


Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan.

1. ……………………………………………………………………………………………….


2. ……………………………………………………………………………………………….


3. ……………………………………………………………………………………………….

4. ……………………………………………………………………………………………….

5. ……………………………………………………………………………………………….


Langkah 3

Tulis satu perenggan ringkasan berpandu isi diatas dan jumlah perkataan.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( perkataan )


Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN


1. Apakah maksud rangkai kata terhakis dalam jiwa?
Rangkai kata terhakis dalam jiwa ialah …………………………………………
………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
.
2. Apakah empat kesan apabila masyarakat tidak menghayati Rukun Negara?
Sikap masyarakat tidak menghayati Rukun Negara menyebabkan ………………..
……………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, Mengapakah masyarakat sekarang kurang menghayati prinsip-
prinsip Rukun Negara?
Masyarakat sekarang sudah berasa selesa dan menggangap ……………………….
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………...


SKEMA JAWAPAN

PETIKAN 1

A(ii)
1. mendapat hadiah
2. tulang pipi akan menonjol keluar dan muka bayi akan kelihatan tidak seimbang.
3. – mengadakan kempen
- mennyediakan bilik khas untuk ibu-ibu ada anak kecil.

PETIKAN 2
A (ii)
1. benda/perlatan sudah digunakan
2. mengelakkan pembaziran - menjmatkan penggunaan bahan emntah.
3. mengadadakan kempen
- mengadakan ceramah kepada masyarakat.

PETIKAN 3

A(i)

1. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila
badan berpeluh.
2. Pakaian yang ketat juga menggalakkan pertumbuhan kulat, terutamanya pada bahagian kaki
dan anggota badan yang berlipat seperti lutut dan siku.
3.Memakai kasut yang sempit dan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik menyebabkan
kaki dan jari-jemari kaki berpeluh lalu menggalakkan pertumbuhan kulat.
4. Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri mudah dijangkiti kulat melalui angin.
5. Jangkitan turut terjadi jika seseorang itu suka berkongsi barang-barang peribadi dengan ahli
keluarga atau orang lain.
6.Jangkitan kulat juga boleh berlaku melalui sentuhan, iaitu apabila tubuh menyentuh tanah, air,
tumbuhan atau haiwan yang telah dijangkiti kulat


A(ii)
1. ubat membasmi kurap / bahan menghapuskan kurap

2. berasa tidak selesa dan menggaru-garu untuk menghilangkan gatal.

3. – menjaga kebersihan diri / menggunakan sabun semasa mandi / cepat menyapu ubat


PETIKAN 4

A(ii)
1. -tidak mampu ditunaikan
2. – dapat menjawab semua topik – perasaan lebih tenang – keyakinan dalam diri
3. – melihat rakan-rakan gigih belajar – tidak sanggup mendengar leteren ibubapa –
kesedaran untuk memperoleh keputusan baik – ingin mencuba nasib

PETIKAN 5

A(ii)
1. – menimbulkan perkelahian
2. – membuang masa – boleh mencetuskan pergaduhan – merosakan tumpuan terhadap pelajaran – mengeruhkan hubungan kaum jika tidak dikawal
3. – peluang melanjutkan pelajaran dan perkerjaan – anak-anak lebih banyak masa di rumah- meluaskan minda dan pengetahuan – mengelakan gejala negative

PETIKAN 6
A(ii)
1. – kekuatan dalaman bagi menempuh rintangan
2. – akan diperkenalkan secara berperingkat di sekolah tertentu – sistem akan dilihat akan keberkesanannya selepas lima tahun – ditentukan sama ada akan diperluaskan ke semua sekolah-dilakukan penambahbaikan mana-mana kecacatan agar perlaksanaan benar-benar berkesan.
PETIKAN 7
A (ii)
1. – corak/gaya hidup masyarakat sekarang
2. – berlakunya pembaziran – sanggup berhabis wang untuk model baru – sanggup mengikat perut – pergaduhan / kecurian antara pelajar
3. – pelajar memberi focus terhadap pelajaran – mengelakan berlaku kecurian – menghubungi pelajar luar – membeli buku-buku pelajaran

PETIKAN 8
A(ii)
1. – memberi pengakuan atau kelebihan
2. – pengetahuan mengenai khasiat pada kesihatan – khasiat herba untuk pemakanan – harga herba tempatan lebih murah – masyarakat menggangap perubatan tradisional ketinggalan zaman
3. – pasaran terhad dan sukar memperolehnya – berasa kurang yakin kerana kurang jaminan dari Kementerian Kesihatan – pengalaman ditipu dan mati akibat salah guna /berlebihan





PETIKAN 9
A(ii)
1. – termasuk ke dalam perbuatan yang di larang agama
2. – menerapkan pegangan agama yang utuh – masyarakat bersikap membantu – ibubapa hendaklah perihatin terhadap anak-anak remaja – kesedaran dalam diri remaja bila berhadapan dunia luar
3. – kehidupan semakin sibuk dan remaja kurang diberi perhatian – pergaulan bebas dalam kalangan remaja- banyaknya pusat-pusat hiburan dan pengaruh media massa/internet – masyarakat bersikap pentingkan diri tanpa keinginan menegur


PETIKAN 10
A(ii)
1- berkurangan dalam diri seseorang
2- hilangnya jati diri dan mudah mengikut budaya asing – meningkatnya masalah gejala sosial – bertambahnya kejadian jenayah – sikap masyarakat yang berpuak-puak
3. – Masyarakat berasa selesa dan menggangap Rukun Negara itu tidak penting lagi – masyarakat lebih menumpukan menggumpul kekayaan – sekolah kurang menekankan prinsip-prinsip Rukun Negara- Kerajaan kurang memberi perhatian terhadap penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat

No comments: