Karangan Jenis Keperihalan.
Latihan 1.
Soalan ;
Kampung anda telah mengalami gangguan bekalan elektrik selama satu minggu.
Perihalkan keadaan anda dan penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Contoh Jawapan .
Pendahuluan.
- bekalan elektrik terputus satu minggu.
- Kerosakan besar di pencawang elektrik.
Isi-Isi Penting.
a) Kegiatan harian terjejas – rumah-rumah pada masa kini banyak menggunakan peralatan
elektrik - serba tidak selesa.
- kerja-kerja rumah menjadi berat
- peti sejuk dan mesin basuh tidak berfungsi
b) Pelajar sukar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam - menggunakan lilin dan
pelita – suasana pada malam hari amat gelap - tiada lampu jalan.
c) Sukar tidur kerana kepanasan – kipas tidak berfungsi - akibatnya, masing-masing letih
pada keesokan harinya.
d) Timbul tekanan – ketidakselesaan – rasa bosan kerana televisyen dan radio tidak dapat
digunakan .
e) berlaku beberapa kes kecurian – penjenayah mengambil kesempatan – kerugian harta benda.
Penutup.
- menghargai pihak Tenaga Nasional yang bertungkus- lumus membaiki kerosakan –
kejadian itu menginsafkan diri – bekalan elektrik amat diperlukan.
Latihan 2.
Tulis suatu karangan keperihalan tentang pesta buku yang pernah anda kunjungi.
Contoh Jawapan.
Pendahuluan..
Cuti semester yang lalu – mengunjungi pesta buku di bandar Melaka bersama-sama dengan dua orang rakan.
Isi-Isi Penting.
a) banyak pengunjung –pelajar serta orang awam yang lain – ibu bapa juga sudah sedar akan kepentingan buku.
b) pelbagai jenis buku dalam pelbagai bidang – banyak majalah dan bahan bacaan lain –
menghabiskan masa kira-kira empat jam melihat buku dan bahan bacaan dari dalam dan
luar negeri.
c) membeli beberapa buah buku – mendapat potongan harga – mendapat cenderamata
menarik – turut membeli beberapa naskah majalah.
d) menyertai peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbitan - bernasib baik kerana memenangi hadiah sagu hati.
e) terpaksa pulang – waktu kunjungan berakhir – belum cukup puas berada di pameran
-berasa kesal kerana tidak sampai lebih awal.
Penutup.
-berharap agar pesta buku ini menjadi pesta tahunan – pasti akan datang lagi- seronok
dikelilingi buku dan bahan-bahan bacaan.
Latihan 3
Semasa cuti penggal persekolahan yang lepas anda berpeluang melawat ke suatu tempat
yang menarik bersama-sama keluarga. Ceritakan pengalaman anda ke tempat tersebut.
Pendahuluan.
-setelah berbincang, kami bersetuju ke Pulau Langkawi dengan menaiki kereta.
Isi-Isi Penting.
a) Setelah di dalam kereta selama tujuh jam, akhirnya kami tiba di Kuala Perlis, iaitu
menaiki feri ke Pulau Langkawi.
b) Apabila tiba, ayah menyewa sebuah kereta – kemudian ke hotel.
c) -waktu malam kami menikmati kesegaran udara malam selain makan malam dan
membeli-belah .
d) Hari kedua – kami melawat ke tempat-tempat menarik di Langkawi seperti Makam
Mahsuri,Dataran Helang, Kampung Buku, Galeri Perdana dan bermandi –manda di Pantai Dayang Tasik Bunting.
e) Ibu tidak melepaskan peluang membeli-belah kerana ibu berpendapat barangan yang
dijual begitu murah.
Penutup.
Suatu percutian yang menarik dan bercadang untuk pergi lagi ke Pulau Langkawi kerana masih ada lagi tempat-tempat menarik yang belum habis dikunjungi.
Latihan 4
Pandu cermat jiwa selamat. Berdasarkan cogan kata tersebut, karangkan sebuah cerita.
Contoh Jawapan.
Pendahuluan.
-Pak Tahir tidak melayan kerenah anaknya Zahid. Dia tidak membenarkan anaknya
menunggang motosikal ke sekolah walaupun memiliki lesen.
-bermotosikal apabila sudah bekerja, bukan ketika masih belajar.
Isi-Isi Penting.
a) Pak Hamidi risau kerana anaknya sudah mempunyai lesen memandu.
-lagipun dia sudah berjanji membelikan anaknya motosikal.
- Pak Tahir mahu menegur Pak Hamidi tetapi tidak sampai hati.
b) Semalaman Pak Hamidi memikirkan kata-kata Pak Tahir.
- anaknya Jamal terus mendesak agar membelikannya sebuah motosikal.
-akhirnya dia membelikan sebuah motosikal untuk kegunaan Jamal ke sekolah.
c) Pak Hamidi menerangkan tujuannya membeli motosikal untuk kemudahan Jamal
ke sekolah.
- dia mahu Jamal menunggang motosikal dengan cermat
- Jamal akur dengan nasihat ayahnya.
d) Pak Hamidi gembira dengan perubahan Jamal yang pulang awal.
- masuk bulan kedua Jamal pulang lewat dan membuat pelbagai masalah dan alasan
- ada orang kampung yang melaporkan sikap anaknya yang menunggang laju tetapi
Pak Hamidi tidak percaya.
e) Suatu hari dia dimaklumkan anaknya tidak ke sekolah selama seminggu.
- ketika menanti kepulangan anaknya, dia dimaklumkan oleh polis tentang anaknya
terlibat dalam kemalangan.
Penutup
Pak Hamidi memberitahui isterinya tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
-ketika itu dia teringat kata-kata Pak Tahir.
- dia sedar kesilapannya dan meminta Pak Tahir membawanya ke hospital.
Latihan 5
Sebuah pasar raya di tempat tinggal anda akan menamatkan perniagaannya tidak lama
Lagi. Oleh itu, pihak pasar raya tersebut telah mengadakan stok selama seminggu.
Gambarkan suasana di pasar raya itu.
Contoh Jawapan.
Pendahuluan
-kain rentang terpampang di sepanjang jalan – tempat meletak kereta penuh- ada yang
meletak kereta di bahu jalan – pengunjung berpusu-pusu masuk melalui pintu utama.
Isi-Isi Penting.
a) pasar raya penuh sesak – juru jual sentiasa tersenyum – mereka pelanggan mencuba sesuatu.
b) melihat pelbagai gelagat pelanggan – bilik mencuba pakaian sentiasa penuh.
c) Suasana bising –lagu-lagu yang berkumandang membingitkan telinga- kedengaran
d) pengumuman daripada pembesar suara supaya pelanggan berhati-hati daripada penyeluk saku
e) Jurukira sangat sibuk – pelanggan berbaris panjang di kaunter bayaran –kedengaran suara rengekan kanak-kanak.
Penutup
-jam 10.00 malam orang masih banyak – kaunter bayaran ditutup satu demi satu – banyak pelanggan terpaksa meninggalkan barang-barang dalam troli.
Latihan 6
Tulis suatu cerita yang lengkap dengan berdasarkan perenggan pendahuluan berikut.
Aku sedang berehat-rehat di ruang tamu sambil membaca majalah. Tiba-tiba aku terbau asap. Aku segera menjenguk ke luar rumah. Rupa-rupanya rumah Encik Ramu, iaitu jiranku telah terbakar. Tanpa berlengah lagi…..
Contoh Jawapan.
Aku sedang berehat-rehat di ruang tamu sambil membaca majalah. Tiba-tiba aku terbau asap. Aku segera menjenguk ke luar rumah. Rupa-rupanya rumah Encik Ramu, iaitu jiranku telah terbakar. Tanpa berlengah lagi ..............
Isi-Isi Penting
a) Aku segera menjerit meminta pertolongan daripada jiran-jiranku yang lain – mereka keluar beramai-ramai untuk memberikan bantuan- waktu itu, Encik Ramu sekeluarga tiada di rumah.
b) Seorang jiranku menelefon pihak bomba – yang lainnya membantu menyelamatkan harta benda – mereka mengangkat barang-barang berharga.
c) Jiran-jiran menyambung getah pada paip air dan menyembur ke arah api – kebakaran semakin menjadi-jadi kerana angin bertiup kencang.
d) Sepuluh minit kemudian pihak bomba tiba – beberapa minit kemudian kebakaran berjaya dipadamkan – jika terlewat seluruh rumah berdekatan turut terbakar.
Penutup.
-Encik Ramu yang pulang amat terkejut dengan kejadian itu- jiran-jiran menenangkannya – jawatan kemajuan dan keselamatan bermesyuarat bagi membantu kerugian yang dialami.
Latihan 7
Anda berbual dengan salah seorang rakan anda. Perbualan anda berkisar tentang perkhemahan yang disertai oleh rakan anda itu.
Tulislah perbualan anda dengan rakan anda itu.
Contoh Jawapan.
Pendahuluan.
-mengucapkan salam dan bertanyakan khabar kerana sudah lama tidak berjumpa
Isi-Isi Penting.
a) Bertanyakan penganjur perkhemahan – anjuran Persatuan Kadet Remaja Sekolah
b) Bertanyakan tempat dan tempoh perkhemahan tiga hari dua malam, di Air Terjun Sagil
c) Bertanyakan aktiviti yang dijalankan – sesampai di tapak perkhemahanan –mendirikan khemah , mencari kayu api, memasak – aktiviti lain ialah mengetahui nama-nama pokok
d) Bertanyakan peristiwa yang tidak dilupakan – beberapa orang rakan tersesat – tersalah melihat kompas dan panduan peta yang diberi – renjer hutan dapat mengesan dan mencarinya.
e) Bertanyakan keseronokan yang diperoleh – dapat melihat keindahan semula jadi – dapat melihat keindahan semula jadi – dapat mandi di air terjun yang dingin- dapat melihat binatang-binatang hutan
Penutup.
-mengucapkan terima kasih – memperkenalkan diri – menyatakan tujuan.
.
Latihan 8
Ketika anda berkelah bersama keluarga telah berlaku peristiwa yang tidak diingini.
Tulis pengalaman yang anda lalui itu.
Contoh Jawapan.
Pendahuluan.
Ayah berpesan mandi jangan sampai ke tengah.
- aku faham kerana banyak kejadian lemas di pantai ini.
- Lalu bersama adik segera bermandi –manda.
Isi-Isi Penting.
a) Cuti persekolahan, pengunjung begitu ramai.
- ayah memerhatikan kami yang bermain bola plastik.
- ibu duduk di bawah pohon kelapa sambil menjaga adik Nina.
b) Terdengar jeritan orang meminta tolong.
- mahu segera membantu, rupa-rupanya jeritan kanak-kanak yang nakal.
- perbuatan negatif yang tidak wajar dilakukan.
c) Tiba-tiba ayah tersungkur.
- pada awalnya menyangka ayah berlakon.
- rupa-rupanya ayah dalam keadaan tidak sedarkan diri.
d) Menjerit memberitahu ibu.
- Ibu segera mencari ubat ayah di dalam beg.
- mahu memberi ayah ubat, tetapi mulut ayah tertutup.
e) Seorang lelaki memintaku membawa ayah ke hospital.
- gembira kerana lelaki itu sanggup membawa ayah ke klinik.
- kemudian ayah dibawa ke Hospital Kota Bharu.
Penutup.
Ayah disyaki menghidap tekanan darah tinggi.
- gembira kerana ayah selamat dan cepat dihantar ke hospital
- sering teringatkan peristiwa yang menimpa ayah.
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment